Thursday, August 20, 2009

ramadhan al-mubarak.

~assalamualaikum~

.cpat nye mase berlalu , sedar atau tidak , nk dekat bulan ramadhan da.
.huh -.- so , rerajin la puase , wajib ! if anda islam :)

.antara fadhilat bulan puase :

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
(name bai ade seyh , hehe :p lala )

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

penerangan hadis :

1. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

2. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

3. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

4. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

5. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

6. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

7. Apabila kita kurang bercakap pada bulan ini , maka kita akan mendapat pahala zikrullah


.dats all , nway rajin2 la bwat solat tarawih :D

.bye bye , salam.

No comments:

Post a Comment